Dalam al-Quran, ada digambarkan empat jenis wanita yang bergelar isteri.
Pertama, jenis ideal isteri Musa. walaupun al-Quran
tidak menyebut namanya, namun isteri Musa ini dikenali sebagai Safura
anak perempuan Syuaib. Safura digambarkan seorang gadis murni. Dia
tertarik dengan Musa. Cintanya kepada calon suami, tidak hanya demi
kebahagiaan keluarga, iaitu membantu ayahnya. Al-Quran menggambarkan
cinta mulia dan halus Safura melalui ayat 26 surah al-Qashash yang
bermaksud:
Salah seorang dari kedua wanita itu berkata "Ya bapaku ambillah ia
sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang
paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang
kuat lagi dapat dipercayai"
Dan sesungguhnya perkahwinan yang ideal ialah perempuan yang mulia
serta setia berpasangan dengan suami yang kuat lagi amanah. Inilah
pasangan romantis sebenar.
Kedua, jenis isteri Abu Lahab iaitu perempuan jahat
berganding dengan suami terkutuk. Dalam surah al-Lahab ayat 3 dan 4 yang
bermaksud:
"Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar"
Isteri Abu Lahab bernama Ummu Jamil tidak disebut dalam al-Quran. Abu
Lahab memiliki akhlak buruk dan dikatakan pernah mencuri emas yang
terdapat di Kaabah kerana tamak dan rakusnya. Isterinya pula seorang
penyombong dan memiliki perasaan hasad dengki yang kuat. Jadi, tugasnya
ialah pembantu setia kejahatan suaminya.
Kalau Abu Lahab merupakan penentang utama terhadap nabi s.a.w, maka
isterinya adalah pendorong utama yang turut aktif di dalam kegiatan
jenayah suaminya.
Jadi jika suami diumpamakan terbakar dalam kejahatan nafsu, isteri
pula pembawa kayu api – iaitu pengobar kejahatan suami. Maknanya isteri
aktif dalam kegiatan jahat suami.
Ketiga, isteri baik dalam genggaman suami yang
jahat. Watak ini menyebut isteri Firaun sebagai contohnya. Walaupun
Firaun melalui al-Quran merupakan seorang Raja Besar yang dikutuk Allah,
namun isterinya disanjung tinggi dalam al-Quran.
Isteri Firaun yang kononnya bernama Asiah ini juga tidak diberikan
nama oleh al-Quran. Ia disebut sebagai "imraatu Firaun" atau perempuan
Firaun sahaja. Walaupun Asiah ditakdirkan berpasangan sebagai suami
isteri dengan Firaun, namun tindakan akhlaknya sangat bertentangan
dengan suaminya yang zalim itu.
Asiah menyelamatkan Musa, sebaliknya Firaun ingin menghapuskan Musa.
Dia berkenan dan beriman dengan ajaran Islam yang dibawa Musa. Semua
manusia dilingkungannya menyembah Firaun sebagai Tuhan, tetapi dia
diam-diam menyembah Allah.
Keempat ialah watak perempuan Nuh dan Lut. Isteri
dua orang nabi a.s ini dinyatakan Allah melalui al_Quran surah
at-Tahriim ayat 10 yang bermaksud:
"Allah membuat isteri Nuh dan isteri Lut perumpamaan bagi orang-orang
kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang salih
di antara hamba-hamba Kami;lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua
suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka
sedikitpun, dari (seksa) Allah; dan dikatakan (kepada
keduanya);"masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka)"
Isteri Lut kononnya bernama Wa’ilah, tetapi isteri Nuh tidak
diketahui namanya. Namun kedua perempuan ini juga tidak disebut dalam
al-Quran siapakah nama mereka.
Keduanya adalah isteri kepada dua lelaki pilihan Allah, namun mereka
disifatkan oleh Allah sebagai pengkhianat dan menjadi ahli neraka.
Demikianlah gambaran watak isteri dalam al-Quran.
Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang
Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang
Baraqah dan yang Syadaqah.”
Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya
pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang
itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang
hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan
tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Dicatat oleh "Imam Al-Ghazalli"
0 comments:
Post a Comment